top of page

SURAU AL-MUtTAQIN

SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG

 MATLAMAT

Menjadikan surau al-Muttaqin sebagai medan utama bagi para pelajar dan seluruh warga SMKA TAHAP untuk mendapatkan insan yang berkualiti dari segi jasmani dan rohani di dunia dan akhirat

OBJEKTIF

Mengimarahkan surau dengan pelbagai acara menarik dan bermanfaat.

Mengajak para pelajar SMKA TAHAP supaya menjaga rumah Allah.

Menanam sifat suka dan rajin berada di surau dan melakukan perkara berfaedah.

Melaksanakan sistem pengurusan surau dengan lebih teratur.

Mewujudkan surau yang meletakkan ilmu sebagai fokus utama.

READ MORE

SMKA TAHAP

Visi - SMKA TAHAP Menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi Menjelang 2013

Misi - Menjana Pendidikan Seimbang Kepada Semua Murid Melalui Pendekatan Bestari, Bagi Melahirkan Insan Berkualiti dan Bertaqwa

BACA AMAL HAYATI

SURAU ALMUTTAQIN

VISI SURAU -

MENJADI INSTITUSI IBADAT DAN TAMAN ILMU KE ARAH PEMBENTUKAN IBADURAHMAN YANG SEJATI.

MISI -

MENJADI WADAH PEMBENTUKAN KHALIFAH YANG BERTAQWA, BERSAHSIAH UNGGUL DAN BERILMU UNTUK MEMBANGUN UMMAH.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang

Home OpeningHours

4.1 Berdoa Ketika Keluar Dari kediaman Menuju Ke Surau

بِسْمِ الّلَهِ ، تَوَّكَّلتُ عَّلىَ الّلَهِ ، الَحَوْلَ وَالَ قُوَة َ إِالَ بِالّلَهِ Maksudnya : Dengan nama Allah, aku menyerahkan diriku kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Digalakkan membaca doa ketika melangkah keluar dari kediaman samada untuk ke masjid atau ke surau atau ke mana-mana sahaja untuk menjalankan tugas mencari rezeki. Hadis sahih riwayat Muslim, bahawa Rasulullah s.a.w ketika keluar rumah untuk pergi ke masjid, baginda membaca doa: Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku! Jadikanlah (nur) cahaya dalam hatiku, pada lidahku, pada pendengaranku, pada penglihatanku, pada atasku, pada bawahku, pada kananku, dari kiriku, di depanku dan di belakangku. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah nur (yang menerangi seluruh hidupku).

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

PIHAK AJK SURAU AL-MUTTAQIN BERUSAHA DAN BERILTIZAM MENGUTAMAKAN PERKARA PERKARA BERIKUT :

  1. MEMASTIKAN KEBERSIHAN SURAU DALAM KEADAAN YANG BAIK SEPANJANG MASA

  2. MENYEDIAKAN RUANG IBADAT YANG KONDUSIF DAN SELESA

  3. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN DAN KEPERLUAN YANG LENGKAP MENGIKUT KEADAAN SEMASA

  4. MEMASTIKAN KELANGSUNGAN BUDAYA ILMU SEPANJANG TAHUN

  5. MEMUPUK RASA MAHABBAH DAN KECINTAAN SESAMA JEMAAH KERANA ALLAH.

Home Homepage_about

carta organisasi

Updated Anually

Home Service

History

Penubuhan badan dakwah di tanah bumi tarbiah SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, bermula dengan nama PAI iaitu Persatuan Agama Islam. Dianggotai oleh minoriti pelajar di sekolah, dengan kata lain hanya pelajar terpilih yang akan menganggotai Persatuan Agama Islam. Tiada uniform khas, hanya berbekalkan gelaran ahli Pai yang bergerak kerana Allah dan buat kerja kerana Allah.

Menjadi tulang belakang atau pembantu kepada Badan Ketua Pelajar (KP) di SMKA TAHAP, dalam mengekalkan tarbiah kepada pelajar-pelajar SMKA TAHAP. Memastikan ibadah dan akhlak para pelajar terpelihara. Membantu para guru memastikan sahsiah para pelajar terkawal. Itulah tugas ahli PAI dangan kerjasama Badan Ketua Pelajar.

Sistem yang sama telah diteruskan sehingga pertengahan tahun 2013, Persatuan Agama Islam (PAI) bertukar kepada Badan Kepimpinan Remaja Islam Sekolah (BAKRIS) secara rasminya.

Pada awal pertukaran ini berlaku, suasana janggal dalam gerak kerja telah tercetus. Namun, pimpinan BAKRIS 2014 telah menyahut cabaran untuk menggerakkan BAKRIS dengan struktur pimpinan yang baru. Walaupun, pergerakan agak perlahan dan menghadapi sedikit kekeliruan. Tetapi, Alhamdulillah berkat doa, dan pergantungan kepada Allah. 2014 telah tamat dengan baik dan tiada masalah yang terjadi.

---------------------------------------------------------------------------------

Bermula tahun 2015, sekali lagi. Struktur organisasi telah berubah sekali lagi, namun hanya perubahan kecil yang diadakan. Faktor dorongan berlakunya perubahan ini adalah kerana SMKA TAHAP telah berjaya mendapat gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan. Jadi, perubahan struktur organisasi di SMKA TAHAP dilakukan secara menyeluruh.

Kekal dengan tugas yang sama, cuma bilangan keahlian organisasi kepimpinan di SMKA TAHAP semakin besar. Jika dahulu, seorang pelajar mungkin memegang 2 jawatan dalam satu masa, tetapi untuk tahun 2015, seorang pelajar hanya akan memegang 1 jawatan dalam satu masa. Ini bermaksud, makin ramai pelajar akan memperoleh markah dalam kokurikulum.

Mempunyai uniform khas pada 2015 berwarna hijau

In shaa Allah, semoga BAKRIS berjaya menjalankan tugas dengan baik dan lancar. Diharapkan agar kerjasama daripada para pela
jar tidak pernah putus

Home Contact

Subscribe

Stay up to date

Home GetSubscribers_Widget

SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

©2017 by BAKRIS. Proudly created with Wix

bottom of page